Tuesday, January 15, 2013

Usahawan.


Salam sejahtera.

Ramai yang sudah bosan bekerja makan gaji,rata rata bosan menghadapi kesesakan jalan raya di awal pagi,karenah boss yang double standard dan kuat kroni,gaji yang statik dan macam macam lagi alasan.Kepala terfikir alangkah bagusnya kalau aku berniaga dan menjadi usahawan,tentu aku ada banyak masa dan boleh buat duit banyak banyak.

Sebelum anda membuat keputusan untuk menjadi usahawan ada sesuatu yang ingin saya kongsikan.

Keghairahan

kebanyakan usahawan yang berjaya sangat ghairah dalam apa yang mereka lakukan. Malah apa yang mereka lakukan membayangkan diri mereka yang sebenarnya!

Mengikut petikan Richard Carlson: “Perkara-perkara yang lazimnya dianggap mustahak adalah penting, tetapi soalnya di sini adalah tahap kepentingannya. Kejayaan, kesempurnaan, pencapaian, wang, pengiktirafan – anda dapat memiliki kesemuanya tetapi ia bukanlah segala-galanya. Malah,, tanpa adanya rasa ghairah dan perasaan menghargai kehidupan, ia tidaklah mendatangkan makna yang seberapa.”

Pengorbanan

Setakat manakah anda sanggup Berkorban untuk menjadi usahawan yang berjaya? Ramai orang cuma ingin menjadi bos mereka sendiri tetapi tidak sanggup bekerja keras dan membuat pengorbanan. Sebenarnya, anda mungkin perlu bekerja lebih keras lagi dalam tahun-tahun yang awal dan tanggapan bahawa anda akan mempunyai lebih banyak masa buat diri anda atau keluarga anda adalah salah. Pengorbanan perlu dibuat untuk segala-galanya dan untuk menjadi usahawan yang berjaya, juga memerlukan banyak pengorbanan.



Perancangan.

Dalam apa jua yang anda lakukan, anda harus ‘Rancang kerja anda, dan laksanakan rancangan anda’ Malah ini lebih penting lagi apabila melibatkan Rancangan dan Strategi Perniagaan yang disusun dengan baik. Anda harus ketahui bagaimana anda akan menghasilkan wang dan dapat meramalkan perbelanjaan perniagaan dan keperluan modal anda. Anda juga perlu menyelesaikan segala kemusykilan apabila anda dijangka untuk mendapat semula harga pulangan modal dan mempunyai pelan kontingensi, kalau-kalau berlakunya perkara yang di luar dugaan. Kita biasanya dengar tentang klise, “ Orang tidak Merancang untuk gagal, mereka cuma gagal untuk Merancang!”




Jumlah Pokok atau Modal

Sumber-sumber kewangan anda adalah penting. Sebahagian besar perniagaan memerlukan komitmen modal yang besar dan anda mesti memastikan bahawa anda mempunyai dana tambahan yang secukupnya. Pertama sekali, pastikan anda mempunyai sumber-sumber kewangan yang mencukupi untuk memenuhi perbelanjaan tetap anda selama 6-12 bulan. Kemudian, anda perlu menganggarkan perbelanjaan modal awalan yang diperlukan untuk membuka kedai anda dan untuk menjalankan perniagaan. Seterusnya, aliran tunai perniagaan anda, sekurang-kurangnya harus mampu menanggung semua kos menjalankan perniagaan seperti sewa, gaji, utiliti dan yang paling penting, boleh membayar para si piutang tepat pada masanya.

Ada beberapa cara untuk memperoleh dana – minta sedekah, buat pinjaman atau menggunakan tabungan anda! Sudah pasti bergantung pada diri sendiri mungkinlah pilihan terbaik tetapi bukan semua orang yang berkemampuan. Biasanya orang meminjam daripada keluarga dan rakan mereka atau institusi kewangan. Selidiklah terlebih dahulu untuk memperoleh terma-terma kewangan yang terbaik dan ada sebilangan insentif atau pinjaman mudah yang ditawarkan oleh pihak kerajaan bagi jenis-jenis perniagaan tertentu. Memang ada manfaatnya sekiranya anda ada kawan yang bekerja sebagai akauntan ataupun pegawai bank!


Bagaimana dengan anda? Adakah terlintas di fikiran anda untuk menjadi bos sendiri sejak kebelakangan ini? Ini tentunya saranan yang menarik tetapi seperti kebanyakan perkara di dalam hidup kita, ada pengorbanan yang perlu dilakukan. Fikirlah tentang perkara di atas sebelum anda mengemukakan surat peletakan jawatan anda dan apabila anda telah membuat keputusan, teruskan dengan SEMANGAT MEMBARA untuk mencapai kejayaan, BOS!

Anda PERLU :
1.Penuh Bersemangat Dalam Segala Yang Anda Dilakukan
2.Sanggup Berkorban untuk Kecapi Kejayaan
3.Rancang Kerja Anda dan Perinci Rancangan Anda.
4.Pastikan anda mempunyai Sumber Kewangan yang cukup untuk menyara kehidupan anda pada tahun-tahun permulaan.


Selamat berjaya.
Sumber dari AKPK.

No comments:

Post a Comment