Tuesday, January 15, 2013
Usahawan.
Salam sejahtera.
Ramai yang sudah bosan bekerja makan gaji,rata rata bosan menghadapi kesesakan jalan raya di awal pagi,karenah boss yang double standard dan kuat kroni,gaji yang statik dan macam macam lagi alasan.Kepala terfikir alangkah bagusnya kalau aku berniaga dan menjadi usahawan,tentu aku ada banyak masa dan boleh buat duit banyak banyak.
Sebelum anda membuat keputusan untuk menjadi usahawan ada sesuatu yang ingin saya kongsikan.
Keghairahan
kebanyakan usahawan yang berjaya sangat ghairah dalam apa yang mereka lakukan. Malah apa yang mereka lakukan membayangkan diri mereka yang sebenarnya!
Mengikut petikan Richard Carlson: “Perkara-perkara yang lazimnya dianggap mustahak adalah penting, tetapi soalnya di sini adalah tahap kepentingannya. Kejayaan, kesempurnaan, pencapaian, wang, pengiktirafan – anda dapat memiliki kesemuanya tetapi ia bukanlah segala-galanya. Malah,, tanpa adanya rasa ghairah dan perasaan menghargai kehidupan, ia tidaklah mendatangkan makna yang seberapa.”
Pengorbanan
Setakat manakah anda sanggup Berkorban untuk menjadi usahawan yang berjaya? Ramai orang cuma ingin menjadi bos mereka sendiri tetapi tidak sanggup bekerja keras dan membuat pengorbanan. Sebenarnya, anda mungkin perlu bekerja lebih keras lagi dalam tahun-tahun yang awal dan tanggapan bahawa anda akan mempunyai lebih banyak masa buat diri anda atau keluarga anda adalah salah. Pengorbanan perlu dibuat untuk segala-galanya dan untuk menjadi usahawan yang berjaya, juga memerlukan banyak pengorbanan.
Perancangan.
Dalam apa jua yang anda lakukan, anda harus ‘Rancang kerja anda, dan laksanakan rancangan anda’ Malah ini lebih penting lagi apabila melibatkan Rancangan dan Strategi Perniagaan yang disusun dengan baik. Anda harus ketahui bagaimana anda akan menghasilkan wang dan dapat meramalkan perbelanjaan perniagaan dan keperluan modal anda. Anda juga perlu menyelesaikan segala kemusykilan apabila anda dijangka untuk mendapat semula harga pulangan modal dan mempunyai pelan kontingensi, kalau-kalau berlakunya perkara yang di luar dugaan. Kita biasanya dengar tentang klise, “ Orang tidak Merancang untuk gagal, mereka cuma gagal untuk Merancang!”
Jumlah Pokok atau Modal
Sumber-sumber kewangan anda adalah penting. Sebahagian besar perniagaan memerlukan komitmen modal yang besar dan anda mesti memastikan bahawa anda mempunyai dana tambahan yang secukupnya. Pertama sekali, pastikan anda mempunyai sumber-sumber kewangan yang mencukupi untuk memenuhi perbelanjaan tetap anda selama 6-12 bulan. Kemudian, anda perlu menganggarkan perbelanjaan modal awalan yang diperlukan untuk membuka kedai anda dan untuk menjalankan perniagaan. Seterusnya, aliran tunai perniagaan anda, sekurang-kurangnya harus mampu menanggung semua kos menjalankan perniagaan seperti sewa, gaji, utiliti dan yang paling penting, boleh membayar para si piutang tepat pada masanya.
Ada beberapa cara untuk memperoleh dana – minta sedekah, buat pinjaman atau menggunakan tabungan anda! Sudah pasti bergantung pada diri sendiri mungkinlah pilihan terbaik tetapi bukan semua orang yang berkemampuan. Biasanya orang meminjam daripada keluarga dan rakan mereka atau institusi kewangan. Selidiklah terlebih dahulu untuk memperoleh terma-terma kewangan yang terbaik dan ada sebilangan insentif atau pinjaman mudah yang ditawarkan oleh pihak kerajaan bagi jenis-jenis perniagaan tertentu. Memang ada manfaatnya sekiranya anda ada kawan yang bekerja sebagai akauntan ataupun pegawai bank!
Bagaimana dengan anda? Adakah terlintas di fikiran anda untuk menjadi bos sendiri sejak kebelakangan ini? Ini tentunya saranan yang menarik tetapi seperti kebanyakan perkara di dalam hidup kita, ada pengorbanan yang perlu dilakukan. Fikirlah tentang perkara di atas sebelum anda mengemukakan surat peletakan jawatan anda dan apabila anda telah membuat keputusan, teruskan dengan SEMANGAT MEMBARA untuk mencapai kejayaan, BOS!
Anda PERLU :
1.Penuh Bersemangat Dalam Segala Yang Anda Dilakukan
2.Sanggup Berkorban untuk Kecapi Kejayaan
3.Rancang Kerja Anda dan Perinci Rancangan Anda.
4.Pastikan anda mempunyai Sumber Kewangan yang cukup untuk menyara kehidupan anda pada tahun-tahun permulaan.
Selamat berjaya.
Sumber dari AKPK.
Monday, January 14, 2013
Amalan menabung.
salam sejahtera,
sering kali kita merungut tentang masalah kewangan yang dihadapi setiap bulan.saya terbaca satu artikel yang saya rasa agak menarik untuk dikongsikan bersama.
‘Mula-mula seringgit,lama-lama boleh jadi sejuta’.Biarpun bunyinya kelakar, tetapi berkat menabung sejak dari usia muda,bukan mustahil ia menjadi kenyataan.
Malangnya, tabiat menabung di kalangan masyarakat kita masih amat kurang khususnya di kalangan orang dewasa. Kalau ada pun hanyalah ‘ hangat-hangat tahi ayam’, atau usaha separuh jalan sahaja.
Duit tabungan baru ada sedikit,pelbagai perancangan dibuat untuk menghabiskannya dengan membeli itu dan ini. Semua orang sudah tahu kebaikannya menabung atau menyimpan untuk masa depan.
Menabung ini ada banyak jenis. Ada yang menyimpan wang tunai ke dalam tabung khas di rumah , membuka akaun simpanan peribadi atau bersama , membuat pelaburan dengan saham amanah, menabung dengan Tabung Haji dan juga yang terkini dan paling selamat menabung dengan membeli emas atau membuka akaun simpanan emas di bank tertentu yang menawarkannya dan juga menyertai plan perlindungan yang ditawarkan oleh syarikat insuran.
Apa pun tabiat menabung perlu dipupuk sedari awal dan dilakukan beransur-ansur namun berkala.
Bagaimana kita hendak menanam sikap gemar menaabung kepada anak kita supaya amalan baik ini ditetapkan ke dalam jiwanya hingga ia dewasa dan berdikari.
Peringkat awal kita mungkin boleh belikan dia tabung wang ke dalam bentuk istimewa sempena tarikh istimewa yang tertentu dalam hidupnya.Contohnya,hadiahkan tabung pada hari jadinya,hari dia mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan atau sebagai ganjaran dia berkelakuan baik kepada ibu bapa dan adik-beradik yang lain.
Mulakan dengan menabung sedikit demi sedikit, berikan kepada si comel anda duit sebanyak 20 sen atau 50 sen atau seringgit dan ajar ia memasukkan sendiri ke dalam tabungnya pada setiap hari.
Pakar psikologi berkata,sesuatu perbuatan berubah menjadi tabiat atau dalam kata lain perbuatan menjadi budaya selepad diamalkan secara tetap selama 21 hari. Oleh itu, anda boleh terus mengajar anak anda memasukkan duit ke dalam tabungnya dalam tempoh itu,dan selepas itu cuba melihat sama ada dia sendiri boleh melakukannya tanpa diarah atau dipaksa.
Biasanya kemahuannya untuk menabung yang membudaya dalam dirinya menyebabkan dia secara spontan menaung pada setiap hari.
Apabila tabung sudah penuh, raikannya dengan mengira jumlah wang dalam tabung bersama-sama dengaan anak supaya dia dapat menilai dan melihat sendiri hasil usaha yang dilakukannya selama ini.
Rangsang jiwa anak anda dengan memberinya ganjaran istimewa kepada usahanya itu,sama ada membelikan dia sesuatu yang digemarinya. Atau memberinya peluang membelanjakan sendiri sebahagian atau satu pertiga wang tabungannya it untuk membeli apa yang dikehendakinya.
Jumlah yang selebihnya deposit ke dalam akaun persendiriannya supaya ia boleh dikumpulkan untuk kegunaan pengajinnya kelak.
Bagi orang dewasa pula,paksa anda menyimpan sedikit wang ke dalam akaun simpanan anda pada setiap bulan. Jika anda mengalami kesukaran berbuat demikian dengan pergi sendiri ke bank buatlah arahan pemotongan menerusi bulanan terus ke akaun anda.
Anda mungkin tidak dapat menikmati faedah dalam masa yang singkat tetapi apabila anda melihat jumlah simpanan anda beberapa tahun selepas itu, anda akan lebih bersenang menyimpan untuk kegunaan anda dan keluarga bagi digunakan ketika keadaan memerlukan.
Bagi yang terbiasa menabung….. ini, sekiranya berlaku sesuatu yang di luar jangkaan kepada diri atau pekerjaan .Contohnya,diberhentikan kerja secara tiba-tiba (lebih-lebih dalam suasana ekonomi yang tidak menentu) anda boleh menggunakannya menampung kehidupan selama beberapa ketika selama beberapa ketika sebelum berjaya mendapatkan …..selepas itu.Satu lagi pilihan yang anda ada adalah dengan membuat simpanan dengan syarikat insuran yang menawarkan pelbagai bentuk simpanan.
Sumber: Berita Harian,

Monday, January 7, 2013
Selamat Tahun Baru 2013
Salam sejahtera,
Selamat tahun baru buat semua,maaf lama tak update blog,insyallah tahun 2013 akan cuba sekerap mungkin update blog ini.
Semoga tahun 2013 akan memberikan kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)