Monday, January 17, 2011

Tahun baru 2011

Salam sejahtera,

Diam tak diam kita kini sudah masuk separuh bulan untuk menghabiskan bulan pertama dalam tahun 2011 ini.

Ramai sahabat sahabat saya yang sibuk pada awal awal tahun ini.Maklumlah banyak perkara yang perlu diselesaikan.Saya juga agak sibuk pada awal tahun ni tetapi di dalam situasi yang berlainan dalam rutin kehidupan yang pernah saya lalui.

Anak perempuan sulong saya yang berusia 4 tahun telah mula bersekolah tadika,sesuatu pengalaman baru buat Arysa serta saya dan isteri.Minggu pertama bersekolah Arysha menangis apabila dihantar ke sekolah hinggakan saya dan isteri terpaksa masuk sekolah sama.

Tabik pada cikgu sekolah tadika yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi di dalam melayani karenah anak anak yang baru nak mula mengenal tadika.Alhamdu lillah setelah 3 minggu bersekolah Arysha mula menyesuaikan diri dengan rutin kehidupan nya yang baru walaupun raut muka sedikit muram setiap kali hendak kesekolah.

Terlalu cepat rasanya masa berlalu,terkenang saat saat melayani Arysha semasa masih baby 4 tahun yang lalu.Apa pun saya mengharapkan agar tahun 2011 ini akan memberikan kesejahteraan serta kemurahan rezeki yang diberkati buat saya dan keluarga dan semoga Arysha terus membesar dan menjadi anak yang Soleha serta menjadi insan yang berguna kepada masyarakat.

Teringat kata kata yang sentiasa diucapkan oleh Arysha "sayang ayah dan ibu sangat sangat"

jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment