Salam sejahtera.
Selamat Hari Bapa kepada semua lelaki yang bergelar Bapa tak kiralah apa pun panggilan nya Abah,Ayah,Papa,Dady atau Walid.Sesunggunya setelah merasai menjadi Bapa barulah kita merasakan betapa berat nya tanggungjawab kita sebagai Bapa.
Teringat kepada Abah yang telah pergi buat selama lama nya.Sesungguhnya diri ini amat merindui mu.Terima kasih atas segala kasih sayang yang dicurahkan semasa hayat mu. Al-fatihah buat Abah semoga Allah menempatkan roh mu bersama sama orang orang yang beriman.Buat mereka yang masih mempunyai Bapa, hargailah dia selagi hayat masih ada.
Wasalam.
Wednesday, June 15, 2011
Thursday, January 20, 2011
Malaysia Book Of Records
Salam sejahtera,
Alhamdu lillah setelah hampir dua bulan program Cabaran 1 Dalam 10,000 berlalu akhirnya majlis penyerahan sijil MBOR telah pun selamat diadakan pada 17hb Januari 2011.
Majlis ringkas tersebut telah diadakan di pejabat MBOR dimana pengasas MBOR Dato Danny Oii telah menyampaikan dua sijil kepada Pewaris Silat Cekak YM Tn Syeikh Hj Md Radzi Ustaz Hj Hanafi.
Silat Cekak Ustaz Hanafi telah berjaya mencipta dua rekod serentak bagi kategori " Largest Silat Performance dan "All Women Participant" pada 10.10.10 di Dataran Merdeka,Kuala Lumpur.
Tahniah kepada semua pengamal pengamal Silat Cekak Ustaz Hanafi kerana kejayaan dan sejarah yang dilakarkan.Semoga lebih bersedia kearah program Jom Silat 2015.

Tuesday, January 18, 2011
HTP Silat Cekak Ustaz Hanafi 1432H
Hari Tenaga Pengajar Silat Cekak Hanafi telah diadakan pada 25hb Disember 2010 bertempat di Universiti Tun Huseinn Onn Batu Pahat.Kehadiran seramai 650 orang.
Program ini merupakan program tahunan yang dilaksanakan oleh Silat Cekak Ustaz Hanafi bagi mengenang dan menghargai segala jasa dan sumbangan tenaga pengajar yang komited di dalam mengembang dan menyebarkan Silat Cekak Ustaz Hanafi.
.
Semoga segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh tenaga pengajar, akan diberikan ganjaran kebaikan oleh Allah swt.

Monday, January 17, 2011
Tahun baru 2011
Salam sejahtera,
Diam tak diam kita kini sudah masuk separuh bulan untuk menghabiskan bulan pertama dalam tahun 2011 ini.
Ramai sahabat sahabat saya yang sibuk pada awal awal tahun ini.Maklumlah banyak perkara yang perlu diselesaikan.Saya juga agak sibuk pada awal tahun ni tetapi di dalam situasi yang berlainan dalam rutin kehidupan yang pernah saya lalui.
Anak perempuan sulong saya yang berusia 4 tahun telah mula bersekolah tadika,sesuatu pengalaman baru buat Arysa serta saya dan isteri.Minggu pertama bersekolah Arysha menangis apabila dihantar ke sekolah hinggakan saya dan isteri terpaksa masuk sekolah sama.
Tabik pada cikgu sekolah tadika yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi di dalam melayani karenah anak anak yang baru nak mula mengenal tadika.Alhamdu lillah setelah 3 minggu bersekolah Arysha mula menyesuaikan diri dengan rutin kehidupan nya yang baru walaupun raut muka sedikit muram setiap kali hendak kesekolah.
Terlalu cepat rasanya masa berlalu,terkenang saat saat melayani Arysha semasa masih baby 4 tahun yang lalu.Apa pun saya mengharapkan agar tahun 2011 ini akan memberikan kesejahteraan serta kemurahan rezeki yang diberkati buat saya dan keluarga dan semoga Arysha terus membesar dan menjadi anak yang Soleha serta menjadi insan yang berguna kepada masyarakat.
Teringat kata kata yang sentiasa diucapkan oleh Arysha "sayang ayah dan ibu sangat sangat"
jumpa lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)