Monday, November 15, 2010

Salam Aidil Adha


Salam sejahtera,
Bersempena dengan kedatangan Hari Raya Aidil Adha ini saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Hari Raya Aidil Adha ini tidak dapat dipisahkan daripada ibadah korban.
Ibadah korban ini adalah kemuncak takwa kepada Allah Taala.Ia bermula dengan pergorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. ketika Baginda hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. inilah pengorbanan teragung dalam sejarah manusia. Telah diketahui bahawa Nabi Ismail adalah anak kesayangan nabi Ibrahim dan Baginda mendapat anaknya ini dalam usia yang telah lanjut. Tatapi bila diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya mengorbankan anaknya ini, Nabi Ibrahim telah bersedia melaksanakan tugas ini dan Nabi Ismail pula penuh kerelaan dan sabar menurut perintah Allah s.w.t. ini.

Peristiwa kepatuhan Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih putera Baginda dan kepatuhan Nabi Ismail a.s. terhadap perintah Allah tersebut memaparkan kekuatan iman dan keteguhan mental yang perlu kita contohi. Peliharalah iman didalam dada kita dengan sebaiknya. sesungguhnya iman adalah dasar penting yang menjadi paksi kehidupan manusia. ia merupakan asas pemerimaan sesuatu amalan dari Allah s.w.t. hanya amalan yang dilakukan kerana Allah sahaja yang akan mendapat penilaian di sisinya.

Marilah kita bersama sama menghayati erti pengorbanan yang sebenar dengan menghayati kisah pemgorbanan nabi Ismail begitu juga orang orang yang berjasa di dalam kehidupan kita seperti Guru,dan kedua ibubapa kita yang berjaya membentuk peribadi kita dan sesungguhnya pengorbanan mereka ini tidak terbalas oleh oleh kita semua

Orang yang berjaya sebenarnya ialah orang yang melakukan pergorbanan, sanggup berkorban masa, wang, jiwa raga, kepentingan diri, tenaga, fikiran, perasaan dan sebagainya kerana kejayaan dan kecemerlangan tidak datang menggolek, sebaliknya tanpa pergorbanan seperti pelajar akan gagal, pentadbir akan kecewa, pemimpin akan bermusuhan, ulama akan dicaci, masyarakat dan rumahtangga hancur, kampung halaman purak peranda dan negara akan terus dijajah.

Semoga kita akan sentiasa bersedia untuk melakukan pengorbanan ke arah kebaikan Mudah-mudahan kita akan dapat mengamalkan dan menghayatinya dalam kehidupan kita demi kebaikan kita di dunia dan di akhirat.

Allah Maha Besar,Allah Maha Besar,Allah Maha Besar.

Sunday, November 14, 2010

Bahasa kebangsaan

Salam sejahtera

Minggu lepas saya dan sahabat saya berkesempatan menziarahi bonda angkat saya di hospital HUKM.Kami sampai lebih kurang pukul 12.30 tengahari tepat pada waktu melawat.

Tak berapa lama kami sampai datang seorang Doktor untuk memeriksa bonda angkat saya.Kami diminta untuk tunggu diluar tabir sementara doktor tersebut melakukan pemeriksaan.Sepanjang pemeriksaaan,doktor tersebut lebih selesa menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantarnya walaupun bonda saya serta ahli keluarga nya berbangsa melayu.

Sahabat saya tersenyum mendengar doktor tersebut petah berbahasa inggeris sesuai dengan profession nya sebagai seorang doktor.Dia pun lalu bertanya kepada saya ,bang doktor ni tak boleh cakap melayu ker?Jawapan saya samada dia malu untuk berbahaa melayu atau pun dia nak bagi tahu kat kita yang dia pandai berbahasa inggeris.

Kesimpulan nya tak salah kalau nak berbahasa inggeris tetapi kalau dengan pesakit melayu kan lebih elok kalau kita mendaulatkan bahasa kebangsaan kita.Cina kat sebelah katil bonda saya juga fasih berbahsa melayu.Sesungguhnya bahasa menunjukkan bangsa.

Semoga kita tak malu untuk mendaulat bahasa kebangsaan kita.

Wednesday, November 10, 2010

Menjaga kesihatan

Salam untuk semua,
agak lama tidak menulis di dalam blog ini.Alasan nya adalah kerana saya merasakan yang diri ini tidak pandai untuk mengarang.Bagaimana pun dah ada blog ini saya cuba yang terdaya.

Minggu ini saya mendapat perkhabaran tentang 3 insan yang saya kenali yang uzur dan dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Insan pertama, yang sudah saya anggap seperti bonda saya sendiri kini dimasukkan ke hospital cheras akibat serangan angin akhmar.Saya berkesempatan melawat beliau,Keadaan beliau agak stabil namun saya tetap risau akan kesihatan nya.Baru je memeluk beliau ketika menghadiri program titian kasih di taman melawati pada hari khamis lepas.semoga cepat sembuh.

Insan kedua merupakan sahabat perjuangan yang sebaya saya.Beliau kini berada di hospital Serdang kerana mengalami kegagalan buah pinggang.Semasa lawatan saya beliau kelihatan uzur namun tetap ceria menerima kehadiran seorang sahabat.

Insan ketiga adalah bapa mentua sahabat saya.Beliau kini sedang menjalani rawatan di HKL kerana serangan jantung.Tidak berkesempatan menziarahi beliau namun diberitakan keadaan beliau kini stabil.

Kesimpulan nya saya merasakan perlunya saya memberikan perhatian yang lebih serious terhadap tahap kesihatan saya sendiri kerana penyakit datang bila bila masa sahaja tambahan pula kini usia yang semakin meningkat.Mudahan mudahan saya berserta sahabat sahabat saya yang di lain di jauhi daripada penyakit penyakit kronik dan merbahaya.

Semoga mereka cepat sembuh dan bersabar dengan ujian dari yang maha Esa.