Salam sejahtera....
Bulan lepas saya menerima dua berita tentang kematian orang yang terdekat.Seorang sahabat saya telah kehilangan anak perempuan kesayangan nya yang berumur 2 tahun pada awal bulan Jun lalu akibat di syaki mengidap lukiemia manakala seorang lagi sahabat saya telah kehilangan bonda tersayang akibat cancer akhir bulan Jun lalu.
Saya memahami perasaan kedua dua sahabat saya kerana saya juga pernah merasai kehilangan Ayahanda tersayang 3 tahun yang lepas.Apa apa yang berlaku kita kena redha kerana tiap tiap yang hidup pasti mati tak kira muda atau tua,itu janji tuhan ,apabila sampai masa akan dijemput untuk kembali.
Kita patut bersyukur kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk terus menghirup udara segar serta menikmati nikmat hidup yang sementara.Gunakanlah kesempatan yang ada ini untuk memohon kemaafan kepada Illahi atas segala kesalahan dan kecuaian yang kita lakukan semasa hidup di dunia ini.Berusahalah kita seolah olah kita akan hidup selamanya dan beribadatlah kita seolah olah kita akan mati esoknya.
Kepada kedua dua sahabat saya sdra Saiful Zaimi dan sdra Amin Jumiran salam takziah dari saya sekeluarga.Semoga kita lebih menghargai kehidupan dan insan insan tersayang di sekeliling kita serta ikatan persahabatan kita semakin tersimpul erat.
salam.