Friday, May 14, 2010

Selamat Hari Ibu

Salam satu Suara satu Hati,

Sempena Hari Ibu saya ingin merakamkan jutaan penghargaan buat bonda tersayang, Hajjah Jahai Binti Yaakob.Terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang tak ternilai dari bonda. Ampunkan anakanda atas segala kesalahan anakanda yang sentiasa lalai di dalam mendoakan mu lantaran kesibukan urusan keduniaan . Halalkan segala makan minum dan air susuan bonda yang telah diberikan selama ini. Semuga ALLAH sentiasa merahmati dan memayungi kehidupan bonda dengan kasih sayang NYA yang tidak terhingga dan diberikan kesihatan yang berpanjangan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Tidak dilupakan buat isteri ku yang tercinta,Ibu kepada Nur Arysha Sofea,Bonda Maimunah Othman (Mak Teh),Hajjah Mazita Salleh dan semua yang bergelar IBU di seluruh dunia, semuga ALLAH merahmati kalian dan memberi apa yang terbaik untuk kita.

Sahabat sahabat sekelian, hargailah jasa ibunda, kerana kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa abadi selamanya. Hargailah sementara mereka masih ada, peluk dan ciumlah mereka sepuasnya ,berbaktilah kepada mereka sebelum mereka menutup mata kerana redha ALLAH terletak pada ayah bonda. Hargailah mereka, kerana setiap hari merupakan hari ibu dan hari bapa buat mereka.Semuga kita tidak menjadi anak derhaka. 'Selamat Hari Ibu'

Wasalam.