
Salam sejahtera,
Bersempena dengan kedatangan Hari Raya Aidil Adha ini saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat.
Hari Raya Aidil Adha ini tidak dapat dipisahkan daripada ibadah korban.
Ibadah korban ini adalah kemuncak takwa kepada Allah Taala.Ia bermula dengan pergorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. ketika Baginda hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. inilah pengorbanan teragung dalam sejarah manusia. Telah diketahui bahawa Nabi Ismail adalah anak kesayangan nabi Ibrahim dan Baginda mendapat anaknya ini dalam usia yang telah lanjut. Tatapi bila diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya mengorbankan anaknya ini, Nabi Ibrahim telah bersedia melaksanakan tugas ini dan Nabi Ismail pula penuh kerelaan dan sabar menurut perintah Allah s.w.t. ini.
Peristiwa kepatuhan Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih putera Baginda dan kepatuhan Nabi Ismail a.s. terhadap perintah Allah tersebut memaparkan kekuatan iman dan keteguhan mental yang perlu kita contohi. Peliharalah iman didalam dada kita dengan sebaiknya. sesungguhnya iman adalah dasar penting yang menjadi paksi kehidupan manusia. ia merupakan asas pemerimaan sesuatu amalan dari Allah s.w.t. hanya amalan yang dilakukan kerana Allah sahaja yang akan mendapat penilaian di sisinya.
Marilah kita bersama sama menghayati erti pengorbanan yang sebenar dengan menghayati kisah pemgorbanan nabi Ismail begitu juga orang orang yang berjasa di dalam kehidupan kita seperti Guru,dan kedua ibubapa kita yang berjaya membentuk peribadi kita dan sesungguhnya pengorbanan mereka ini tidak terbalas oleh oleh kita semua
Orang yang berjaya sebenarnya ialah orang yang melakukan pergorbanan, sanggup berkorban masa, wang, jiwa raga, kepentingan diri, tenaga, fikiran, perasaan dan sebagainya kerana kejayaan dan kecemerlangan tidak datang menggolek, sebaliknya tanpa pergorbanan seperti pelajar akan gagal, pentadbir akan kecewa, pemimpin akan bermusuhan, ulama akan dicaci, masyarakat dan rumahtangga hancur, kampung halaman purak peranda dan negara akan terus dijajah.
Semoga kita akan sentiasa bersedia untuk melakukan pengorbanan ke arah kebaikan Mudah-mudahan kita akan dapat mengamalkan dan menghayatinya dalam kehidupan kita demi kebaikan kita di dunia dan di akhirat.
Allah Maha Besar,Allah Maha Besar,Allah Maha Besar.
